Setiap kehidupan insan bermula
dengan wujudnya seseorang yang amat istimewa iaitu insan yang bernama
wanita. Dididiknya kita dengan sepenuh rasa hati. Penat lelah dan peluh
yang jatuh tidak dihiraukan. Pengorbanan membesarkan kita dengan penuh
kasih sayang dan rasa cinta menjadi keutamaan dalam hidupnya. Sakit
perih dirinya menjadi lambang kesungguhan menabur budi.
Dialah
segala-galanya dan kesempurnaan dalam diri kita. Tiada siapa dapat
ditukar ganti kerana dia hanyalah seorang dan satu-satunya
wanita pertama
dalam hidup kita. Tiada calang-calangnya jasa bakti yang dicurahkan
kepada kita. Kitalah harta terutama bagi dirinya. Harapannya untuk
melihat kita berjaya dunia akhirat tidak perlu dipertikaikan lagi.
Selama
9 bulan dikendongnya kita ke mana-mana sahaja kita pergi. Begitu
besarnya jasa kepada diri kita. Tiada pernah mengadu letih dan penat
serta merasa bosan. Kepedihan dan kesakitan s
...
Read more »